Syarikat Khalifah Waja Enterprise ditubuhkan pada 11 Februari 2009 sebagai
menyahut saranan kerajaan agar bumiputra bergiat aktif dalam bidang
keusahawanan.
Syarikat ini merupakan syarikat pemilikan tunggal dan sepenuhnya dimiliki oleh
usahawan bumiputra islam. Ini bertepatan dengan pembangunan ekonomi yang kian
pesat dan era globalisasi yang menuntut syarikat usahawan bumiputra supaya
bersaing di antara satu sama lain dengan lebih proaktif dan komited.
Syarikat ini berharap agar semua pihak dapat memberi sokongan dan yakin
dengan kebolehan, keupayaan dan kemampuan syarikat ini untuk
melaksanakan apa jua kerja yang diceburi sebagai kontraktor yang berupaya
memenuhi keperluan pengguna mengikut piawaian.
Bidang pengkhususan bagi syarikat ini ialah pembuat dan pembekal pelbagai jenis papantanda. Syarikat ini juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan taraf bumiputra.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan